Tuesday, November 8, 2016

Terima kasih sahabat

Realiti kehidupan masa kini. Kemana sahaja kita tidak akan  dapat lari daripada kritikan manusia. Bila kita mula menamatkan zaman persekolahan, ianya sudah tidak sama seperti dahulu. Kawan-kawan yang selalu bersama suatu ketika dahulu, akan pergi dari hidup kita seorang demi seorang. Namun tidak semua akan menghilang atau menyepikan diri kerana saat itu masing-masing mempunyai komitmen yang lebih tinggi. 
Saat melangkah jauh dari zaman sekolah, hanya satu yang akan kekal dalam ingatan. Kenangan saat bersama itulah yang terpenting. Meski masing-masing membawa haluan namun memori yang telah tercipta tak mungkin akan dilupakan. Terima kasih buat semua sahabat yang sering ada saat diri memerlukan. Memberi kata semangat ketika diri dimarahi dan meluangkan masa bersama-sama bagi memenuhkan ilmu di dada. Tiupan semangat dan semangat daripada kalian sedikit sebanyak membawa diri ini untuk terus gagah menempuh hari yang mendatang. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir. 

2 comments:

  1. masa berputar..segalanya berubah..yang tinggal hanyalah kenangan

    ReplyDelete
  2. Kenangan terindah, membina kita untuk lebih maju kehadapan.

    ReplyDelete