Membaca adalah hobiku di masa lapang. Aku mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan di rumah dan disusun di satu tempat. Bahan bacaan itu telah aku kumpul sejak dari sekolah rendah lagi. Antaranya adalah seperti novel, komik, majalah, buku motivasi dan banyak lagi. Buku-buku tersebut tidak hanya terhad dalam bahasa Melayu sahaja, tetapi juga bahasa Inggeris dan Cina. Malah, adik-beradikku yang lain juga turut mempunyai hobi yang sama sepertiku.
Tetapi sejak beberapa tahun yang lepas, aktiviti membeli bahan bacaan semakin jarang aku lakukan. Kerana sekarang ni aku lebih banyak membaca secara online. Membaca secara online lebih menjimatkan duit aku. hehehee 😆😆
Baru-baru ni aku baca komik seram. Mungkin bagi sesetengah orang komik tersebut tak seram. Tapi bagi aku, ianya mampu membuatkan jantung aku seolah-olah baru habis berlari 100m. (Hiperbola sangat ke ? 😅😅 hahaaa..)
ni link komik tersebut.
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://comic.naver.com/webtoon/detail.nhn?titleId=350217&no=31&weekday=tu
Ni adalah first time aku baca komik di web tersebut.
#lepas baca boleh tak komen reaksi korang selepas baca komik ni ?
No comments:
Post a Comment