Quotes...quotes...and quotes

Ni adalah salah satu benda yang saya suka buat apabila ada masa terluang ataupun ketika menghadap laptop...
Mencari kata-kata yang mampu membuahkan semangat saya setiap kali saya menghadapi masalah atau ketika saya bercelaru. Gambar-gambar yang saya berkenan akan saya simpan ^_^ Kemudian, saya akan kongsi dengan rakan-rakan yang lain apabila mereka perlukan kata-kata semangat. Walaupun hanyalah kata-kata, tapi saya percaya sedikit sebanyak kata-kata tersebut dapat mengembalikan semangat mereka yang hilang.




Setiap hari kita akan menghadapi hari-hari yang baru. Kita takkan berpeluang untuk kembali ke masa yang sudah berlalu tetapi kita mempunyai peluang untuk terus melangkah atau terus kekal di satu tempat sekiranya terjatuh. Jalan yang terbaik, ambil nafas yang panjang, berdiri dengan penuh keyakinan dan mulakan hari baru dengan penuh keazaman. Good Luck !



Haaaa....siapa kata apabila kita telah melakukan kesalahan bermakna kita telah salah sepenuhnya ? Tiada manusia di dunia ini yang sempurna kan ? Masing-masing ada melakukan kesalahan walau sekecil zarah sekalipun. Oleh itu, jangan asyik menyalahkan diri apabila telah melakukan kesalahan tetapi perbaiki diri agar mampu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya ^_^

Ingat ni...pilihan di tangan kita. Diri sendiri yang menentukan masa depan kita bukannya orang lain. Tak perlu peduli apa yang orang cakap tentang kita tapi PERCAYA akan pilihan kita.


Apa yang penting, JADI DIRI SENDIRI ! Usah jadi seseorang yang hipokrit sekiranya ia hanya menyebabkan kita terluka. Kalau orang tak suka kita, biarlah (janji bukan buat perkara jahat ye ^_^ ) Kebahagiaan kita pilihan kita, bukannya nak setiap masa pergi senangkan hati orang lain (tapi buat baik itu penting).

No comments:

Post a Comment