Wednesday, November 9, 2016

Otakku Serabut @_@

"Deadline" tugasan dah semakin dekat, aku pula masih terkial-kial cari buku di PTB. Beberapa minggu ni, PTB dah jadi tempat aku habiskan masa. Kadang-kadang waktu malam aku turut ke sana untuk menyiapkan assignment yang ada. Walau terpaksa berjalan seorang diri, aku kuatkan semangat untuk meredah malam. Sambil tu dalam hati berdoa agar selamat datang dan pulang.  Agak-agak assignment mana yang paling merungsingkan ? Bagi aku..ni haa...

Dahlah aku ni jenis alif ba tang kelapa pasal jawi ni. Kena pula cari maklumat tentang jawi. Kalau setakat sejarah jawi dan tulisan tu ok lagi sebab buku banyak. Masalahnya kena cari maklumat berkaitan tulisan jawi pada wang kertas ~,~  mana nak cari ni ??



Tapi, tak bermakna saya tak belajar jawi yee.. ^_^
Ni adalah antara buku yang saya beli untuk  belajar jawi..



Saya budak baru belajar  >_<




#kesemua gambar diambil semasa nak nak buat post ni :p 

Nak cerita sikit :
Beberapa hari yang lepas saya call mak dan kami berbual panjang. Perkara pertama yang mak tanya bila balik ? :( 
Kemudian, mak ceritakan apa yang berlaku di rumah dan buat saya jadi rindu pada rumah :( . 
Kemudian mak tanyalah berkaitan pelajaran saya kat sini.  
"Ada kelas tak hari ?"  "Kawan-kawan semua ok ?" "Dah makan ?"
Akhir sekali mak tanya "Jawi macam mana ? Ada perubahan tak ?" (sebelum datang UPSI dah bagitau mak subjek yang kena saya ambil)
Jawapan saya ? "Sikit-sikit boleh la mak. Nak kena belajar banyak lagi ni"
Mak : "Kena rajin belajar. Nanti balik cuti kita cuba cari orang yang boleh ajarkan jawi."
Sampai gitu sekali semangat mak saya. 


#TERIMA KASIH MAK. 
I will always try my best in everything i do and bring the biggest present (graduate on time & good result) for you.

4 comments:

  1. mak akan sentiasa jadi yang terbaik. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Good luck tella. Rajin-rajin belajar jawi ok.

    ReplyDelete
  3. samalah kita ni..tapi tabahkan hati ye
    always support you

    ReplyDelete
  4. permulaan mungkin agak sukar perlu study rajin2, byk brtanya juga lama kelamaan kamu akan cekap..semoga dipermudahkan ;)

    ReplyDelete