Thursday, November 17, 2016

Belajar buat poster

Disebabkan saya dan ahli kumpulan diberi arahan untuk buat poster, maka saya pun pergi 'explore' cara nak buat poster ni. So, saya pun cubalah "throwback" apa yang diajar oleh cikgu ICT saya di sekolah menengah dahulu. Jadi ke tak belakang kira. Janji saya dah mencuba kan ?? Disebabkan saya ni kategori "beginner" so saya pakai microsoft power point je. Nak guna microsoft word pun boleh ^_^ Yang dah pandai tu boleh je guna photoshop or what ever shop u want keyh..hehee.. 😄🙈

Okeh ...jum mula 💪  💁

First step; Choose design (betul la kot ni 😝😝)
 korang kena pilih sama ada nak landscape or potrait ye (cari di slide orientation)


Second step: Size 👀

* cari DESIGN TAB, kalau dah jumpa tu click ni --->PAGE SETUP --->SIZE SETUP (masa ni lah       korang pilih saiz yang korang nak)

p/s A1 & A2 memang takde ye, so korang boleh pilih A3 atau yang sewaktu denganye...nanti kat kedai printing boleh request size yang kita nak.



Step 3: Start design

 kena la pilih design kan..terpulang la korang nak buat design macam mana. Ikut kreatviti korang. Kalau berkaitan program tu kenalah sesuai dengan program korang ye..

*nak copy paste gambar pun boleh je  💃




Last step: save as PDF

siap dah 😙 tapi ingat tau SAVE AS PDF..ulang sekali lagi, PDF not power point yee semua..
kalau nak pergi print nanti, ingat request size sebenar yang korang nak.


#maaf lah ye, step gambarnya takda. harap dapat membantu korang sikit-sikit

ni hasil poster yang aku buat (tak nampak cam poster pun 😅😅 )

                                              👇👇👇

           https://drive.google.com/file/d/0B7kTmYbdBy2EbFVZREVObV81RTg/view?usp=sharing

                  (copy paste kat google korang kalau nak tengok)



Sunday, November 13, 2016

My Favourite Public Figure



Hallo there ^_^  
I would like to talk about one of my favourite public figure here. I has always watch for his video since last few years and started to dig about him even more. :) For someone who has fragile heart just like me, i'm pretty sure you will cry along when watching his video. 
I bet everyone know about him right ? 
His name is Varun Pruthi (from Delhi). He is a humanitarian, actor, dancer  director,  producer and a motivational speaker (simple said; he is a multitalentad guy ! )
I love his passion for humanity and acting because he is giving every single thing (just watch all of his video then you will know why) he got to bring the awareness, change and humanity back. 




He is giving a great message through this video ^_^







This is his latest video :) 
He was dumped and defined a loser. But he said : "NEVER GIVE UP !"






Education is important.



********************************************************************************

So, did you also fall in love with him ?

Here is his social profiles ;

Twitter : https://twitter.com/ActorVarun

Facebook : https://www.facebook.com/ActorVarun


He is also on Youtube, just type his name and you will see lot of his video there.


#Hope you loved these videos

*I will love to share more about him in next post ^_^


Wednesday, November 9, 2016

Otakku Serabut @_@

"Deadline" tugasan dah semakin dekat, aku pula masih terkial-kial cari buku di PTB. Beberapa minggu ni, PTB dah jadi tempat aku habiskan masa. Kadang-kadang waktu malam aku turut ke sana untuk menyiapkan assignment yang ada. Walau terpaksa berjalan seorang diri, aku kuatkan semangat untuk meredah malam. Sambil tu dalam hati berdoa agar selamat datang dan pulang.  Agak-agak assignment mana yang paling merungsingkan ? Bagi aku..ni haa...

Dahlah aku ni jenis alif ba tang kelapa pasal jawi ni. Kena pula cari maklumat tentang jawi. Kalau setakat sejarah jawi dan tulisan tu ok lagi sebab buku banyak. Masalahnya kena cari maklumat berkaitan tulisan jawi pada wang kertas ~,~  mana nak cari ni ??



Tapi, tak bermakna saya tak belajar jawi yee.. ^_^
Ni adalah antara buku yang saya beli untuk  belajar jawi..



Saya budak baru belajar  >_<




#kesemua gambar diambil semasa nak nak buat post ni :p 

Nak cerita sikit :
Beberapa hari yang lepas saya call mak dan kami berbual panjang. Perkara pertama yang mak tanya bila balik ? :( 
Kemudian, mak ceritakan apa yang berlaku di rumah dan buat saya jadi rindu pada rumah :( . 
Kemudian mak tanyalah berkaitan pelajaran saya kat sini.  
"Ada kelas tak hari ?"  "Kawan-kawan semua ok ?" "Dah makan ?"
Akhir sekali mak tanya "Jawi macam mana ? Ada perubahan tak ?" (sebelum datang UPSI dah bagitau mak subjek yang kena saya ambil)
Jawapan saya ? "Sikit-sikit boleh la mak. Nak kena belajar banyak lagi ni"
Mak : "Kena rajin belajar. Nanti balik cuti kita cuba cari orang yang boleh ajarkan jawi."
Sampai gitu sekali semangat mak saya. 


#TERIMA KASIH MAK. 
I will always try my best in everything i do and bring the biggest present (graduate on time & good result) for you.

Tuesday, November 8, 2016

Terima kasih sahabat

Realiti kehidupan masa kini. Kemana sahaja kita tidak akan  dapat lari daripada kritikan manusia. Bila kita mula menamatkan zaman persekolahan, ianya sudah tidak sama seperti dahulu. Kawan-kawan yang selalu bersama suatu ketika dahulu, akan pergi dari hidup kita seorang demi seorang. Namun tidak semua akan menghilang atau menyepikan diri kerana saat itu masing-masing mempunyai komitmen yang lebih tinggi. 
Saat melangkah jauh dari zaman sekolah, hanya satu yang akan kekal dalam ingatan. Kenangan saat bersama itulah yang terpenting. Meski masing-masing membawa haluan namun memori yang telah tercipta tak mungkin akan dilupakan. Terima kasih buat semua sahabat yang sering ada saat diri memerlukan. Memberi kata semangat ketika diri dimarahi dan meluangkan masa bersama-sama bagi memenuhkan ilmu di dada. Tiupan semangat dan semangat daripada kalian sedikit sebanyak membawa diri ini untuk terus gagah menempuh hari yang mendatang. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir. 

Bukan seorang pengalah





Setiap orang impikan kejayaan hidup. Untuk sampai ke tahap yang tertinngi itu, setiap insan tidak akan lari daripada mengharungi cabaran dan rintangan sepanjang perjalananannya. Untuk sampai ke tahap yang diimpikan, arti putus asa hendaklah dibuang jauh dari kamus hidup.  Sebarang kritikan dan hinaan tidak harus jadi menjadi pelemah semangat sebaliknya jadikan ia sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan. Buktikan pada yang mengejek dan menghina bahawa kita mampu berjaya.



Saat terjatuh, perasaan kecewa tidak dinafikan akan terbit di hati. Malah rasa putus asa sedikit sebanyak akan menyebabkan kita lemah untuk melangkah bagi meneruskan kehidupan. Namun, semua itu tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk kita mengalah.